Monday, 28 September 2015

Bersatu Walaupun Berbeza

Fara Roslan

BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA

​Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip  Rukun Negara.
​Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
​Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
​Pihak kerajaan telah perlu mewujudkan pelbagai kempen untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Langkah awal yang telah dijalankan adalah Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional . Kempen ini diwujudkan untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu , badan kerajaaan juga telah menjalankan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita kempen dibangunkan demi menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa serta menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain demi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara mereka.​

Nur Alya Amira

BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yg lain dapat hidup dlm keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah).
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana ia akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur, liberal, saintifik, progresif, penyayang, bermoral dan beretika. Dalam hadis nabi ada disebut, “……..Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab“. (Riwayat Baihaqi)

Afiqah Nazihah

BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA

Bagaimanakah bersatu walau berbeza ?
Pada era globalisasi ini , kita seringkali dimomokkan dengan berberapa isu tentang perpecahan masyarakat . Hal ini demikian kerana ,sebahagian daripada kita alpa dek kerana kemanisan dunia yang sementara dan tidak mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam diri sekaligus kepada masyarakat. Oleh itu , bagaimanakah cara untuk kita bersatu padu walaupun dilanda 1001 perbezaan latar belakang? Kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama yang  syumul iaitu lengkap dan menyeluruh yang mampu memberi keharmonian kepada kepada masyarakat yang berbeza agama , kepercayaan dan etnik kepada sesebuah negara . Perpaduan membawa maksud penggabungan . Alternatif dominan yang boleh dilakukan adalah kita mestilah menghayati konsep persaudaraan yang telah diaplikasikan oleh Rasullullah s.a.w dalam Perlembagaan Piagam Madinah. Impak yang besar dan positif boleh dilihat apabila masyarakat yang bersatu padu dan kuat dapat dilahirkan . Ini merupakan rentetan daripada konsep persaudaraan yang berjaya diperhalusi setiap jiwa dan roh .Persaudaraan (ukhuwah) menjadi wasilah atau medium untuk memperdekatkan diri kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Allah s.w.t telah berfirman “ Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah  dan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” Justeru itu, kita mestilah mengelakkan menggunakan kata-kata yang kasar yang mampu mengguris perasaan insan lain. Jelaslah bahawa bagi menjamin ukhuwah yang harmoni dalam sesebuah komuniti kita haruslah sentiasa mengekalkan dan mempertingkatkan kemesraan dalam hubungan interaksi sesame manusia.

Najaa Syahirah

Bagaimana Untuk Bersatu Walaupun Berbeza

​Setiap manusia di dunia ini mempunyai pelbagai ragam yang membezakan antara satu sama lain. Setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Perbezaan akan menimbulkan pebagai masalah dan konflik. Walaubagaimanapun setiap masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Seperti yang kita tahu, di Malaysia terdapat pelbagai kaum berbeza agama dan budaya. Untuk mengelakkan dari berlakunya pergaduhan sesama masyarakat, setiap individu haruslah menerapkan sikap positif di dalam diri masing masing. Dengan adanya nilai ini di dalam diri masing masing, setiap masyarakat dapat menerima segala perbezaan dan pendapat.

Syahirah Salleh

BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA

Allah menjadikan manusia yang hidup di dunia berbeza warna kulit,agama,keturunan,bangsa bukan untuk menjadikan dunia kucar kacir dengan perbezaan tetapi Allah ingin menjadikan dunia aman damai dengan perbezaan. Sebagai manusia yang diberikan tanggungjawab oleh Allah sebgai khaliah untuk mentadbir dunia, kita seharusnya mentadbir dunia dengan adil dan saksama tanpa mengira perbezaan yang ada antara diri kita dengan yang lain. Perbezaan adalah cara Allah mendidik diri kita supaya bersyukur dan menerima takdir Allah. Sebagai manusia yabg dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, seharusnya kita menggunakan perbezaan yang ada untuk saling kenal mengenali adat budaya, kepercayaan kaum atau bangsa lain. Dengan cara ini kita dapat merapatkan jurang perbezaan. Manusia perlu sedar bahawa semulia-mulia manusia bukanlah daripada keturunan atau bangsa mereka tetapi ketakwaan mereka kepada Allah yang membezakan manusia dengan manusia yang lain. Dalam surah Al- Hujrat ayat 13 ada menerangkan tentang kejadian perbezaan kaum ini.


IMRAN BIN ABDUL JALIL
2014979021

‘BAGAIMANA UNTUK BERSATU WALAUPUN BERBEZA’

Di Malaysia, perpaduan dan integrasi antara kaum adalah sangat dititik beratkan oleh setiap masyarakatnya. Secara ringkasnya bagaimana untuk mengekalkan perpaduan ini, kita  kena kembali kepada sejarah Malaysia. Beberapa faktor yang menjadikan sesuatu bangsa itu bersatu adalah antaranya pendidikan, politik, ekonomi.
Jika dilihat ketika zaman pemerintahan British, pendidikan orang melayu banyak dimonopoli oleh sekolah sekolah Inggeris. Ketika itu, Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran Agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran  Melayu.  Jelas sekali bahawa dengan mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum akan menjadikan perpaduan kaum tidak berlaku. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu. Mereka menubuhkan sekolah sekolah vernakular kerana ingin menjaga kepentingan bangsa dan kaum masing-masing dari segi kuasa mahupun ekonomi. Sehingga sekarang, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyatukan bangsa-bangsa walaupun sekolah sekolah vernakular ini masih wujud di negara kita.
Dari segi politik, penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya sangat memberi kesan kepada perpaduan di negara Malaysia. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Dapat dilihat ini disebabkan kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi  menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain. Ini juga tidak boleh disangkal, penubuhan parti politik yang menengahkan perjuangan bangsa tersendiri ini memberi kesan kepada sistem perpaduan di negara Malaysia yang memperjuangkan hak masing masing.
Dari segi ekonomi, pada zaman penjajahan, ekonomi di Malaysia banyak di monopoli oleh pihak penjajah. Seperti ekonomi Melayu berasaskan oleh tanaman padi dan pertanian, ekonomi Cina banyak di bahagian perlombongan dan ekonomi India banyak diuruskan di kawasan estet dan getah. Ini menyebabkan perpecahan ekonomi oleh tanah melayu yang juga mementingkan kuasa dan hak kaum sendiri. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh penjajah, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.
Oleh itu, jika sikap netizen yang bersifat terbuka dan bertoleransi dalam pembentukan perpaduan sejagat, pasti akan membolehkan sesuatu masyarakat sesebuah negara akan lebih bersatu  walaupun mereka berbeza



No comments:

Post a Comment