Apakah faktor pendorong dan penghalang asimilasi ?
Asimilasi membawa maksud proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Sepertimana yang kita tahu dahulunya masyarakat dunia menyembah pelbagai sembahan yang dianggap Tuhan . Contohnya , patung sebagaimana penganut agama Hindu dan Buddha , tumbuhan , matahari di India , api di Persia dan roh nenek moyang bagi masyarakat Korea dan Jepun . Kesemuanya mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza . Namun begitu , setelah kelahiran Rasulullah s.a.w ternyata member impak yang besar kepada masyarakat dunia. Hal ini demikian kerana , ajaran Islam sangat syumul dari segala aspek kehidupan. Terdapat beberapa faktor yang mendorong terbentuknya asimilasi dalam kalangan masyarakat. Antara faktor dominannya adalah individu di dalam sesuatu etnik sering berinteraksi. Selain itu, interaksi berlaku dalam tempoh yang lama . Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti. Asimilasi berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi juga diwakili oleh formula : A+B+C=A . Ini dapat dilihat apabila remaja pada era globalisasi ini sering mengagungkan budaya barat dek kerana terpengaruh dengan keseronokkan semetara yang acap kali dipamerkan melalui dunia sesawang iaitu Instagram, Facebook dan Twitter . Lebih menyedihkan ada yang sanggup menganak tirikan agama sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku . Akan tetapi apakah yangpenjadi penghalang kepada asimilasi ini? Kita seharusnya mengambil tahu akan ilmu pengetahuan kebudayaan . Sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.Ini penting bagi mengelakkan diri daripada terus terjerumus dalam arus modenisasi kebudayaan sejagat.Disamping itu, timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.Sebagai mahasiswa yang berintegriti dan berintelek tinggi .Kita seharusnya mewujudkan perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.Ini bertujuan untuk menyemai sikap jati diri yang unggul dalam diri setiap invidu agar tidak mudah terpengaruh .Akhir sekali adalah penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minority menjadi salah satu penghalang dominan yang menghalang asimilasi dalam sesuatu budaya .Konklusinya , meskipun telah diuji dan diduga dengan keseronokkan dunia, jika kita menyuntik pengetahuan dalam diri pasti kita tidak akan mudah didominasi oleh mana- mana pihak. Berpeganglah kepada satu tiang dan prisip. Seperti mana yang telah disebut dalam surah Ali Imran ; “Sesungguhnya agama yang benar di sisi ALLAH hanyalah Islam.”
No comments:
Post a Comment