NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI
2012832268
Refleksi Diri
PERLEMBAGAAN MALAYSIA:
TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
Refleksi yang saya dapat
tentang pembelajaran minggu ini adalah betapa hebat nya org melayu pada zaman
dahulu. Walaupun dahulu teknologi dan kemudahan tidak setanding zaman sekarang
namun org melayu tetap boleh mencipta sejarah yg mengagumkan. Dalam pada masa
yg sama, saya berasa bangga dan kagum setelah mendengar beberapa cerita yg
dihujahkan oleh Ustazah bahawa org melayu zaman dahulu sangat hebat.
Selain itu, saya juga
memperolehi pelajaran tentang cerita the Pirate of Carribean yg diolah oleh
ideologi barat. Sebenarnya, mereka telah mengadaptasi cerita melayu dan
mengolah cerita tersebut dgn berlainan latar belakang cerita.
Saya perlu lebih banyak
membaca kerana pengetahuan am terlalu lemah. Maka dgn itu, saya perlu membaca
tentang sejarah sejarah lepas dan perlu memgambil berat tentang kejadian
kejadian yg berlaku di sekeliling saya.
NAJAA SYAHIRAH BINTI
SAMSUDIN
2014959139
REFLEKSI DIRI
PERLEMBAGAAN MALAYSIA: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
Apa yang saya pelajari
dalam tajuk 3 iaitu Perlembagaan Malaysia: Tiang Seri Hubungan Etnik ialah saya
dapat mengetahui lebih mendalam lagi tentang Bahasa Melayu di mana ia nya
merupakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang tertakluk dalam
Perkara 152. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang ini, kebanyakan
masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sendiri sering bertutur dalam
Bahasa Inggeris. Mereka sepatutnya lebih menghargai pengorbanan orang yang
terdahulu yang menginginkan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan kita.
SHAFIQAH SALLEH
Refleksi yang dapat saya
berikan untuk minggu ini ialah saya perlu sentiasa bersyukur kerana dilahirkan
sebagai bangsa melayu yang beragama islam. Hal ini kerana islam yang wujud di
Tanah Melayu datang dengan cara yang amat istimewa. Menurut sejarah, sultan
melayu pertama di Tanah Melayu mendapat hidayat melalui mimpi. Bagida bertemu
dengan Rasullulah S.A.W dan mengajar sultan mengucapkan sahadah. Dari cerita
itu saya mula sedar bahawa Islam yang datang ke Tanah Melayu bukanlah
disebabkan oleh perdagangan, perkahwinan.
Saya selalu merasa
bahawa bangsa asing terutama dari barat sebagai bangsa yang amat hebat kerana
mereka lebih maju dan bertamadun. Tetapi saya salah kerana bangsa melayu lebih
dahulu melilingi dunia dan lebih hebat.
Bangsa melayu zaman kini
berasa malu mengaku melayu kerana orang melayu itu sendiri yang tidak mahu
belajar tentang sejarah melayu.
Saya rasa saya perlu
baca banyak bahan bacaan tentang kehebatan bangsa melayu dan mengambil
pengajaran yang boleh saya gunakan dalam kehidupan.
AFIQAH NAZIHAH BINTI
ABDUL LATIP
REFLEKSI DIRI
Perlembagaan Malaysia
Tiang Seri Hubungan Etnik.
Etnik didefinisikan
sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pakaian , bahasa, kegiatan dan sebaginya.Manakala,perlembagaan
membawa erti satu set peraturan tentang hak,kuasa dan prosedurserta
tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diatara satu autoriti
dengan autoriti yang lain , dan juga autoriti dengan rakyat awam.Ia adalah satu
dasar formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sebuah
negara dibahagikan dan digunakan.Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara yang berperanan sebagai panduan bagi pembentukan
undang-undangsama ada di pihak kerajaan mahupun rakyat. Terdapat empat paksi
utama atau ‘tiang seri’ yang membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama
Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu,
Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu sebagai rasmi.Contohnya
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara yang
berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undangsama ada di pihak
kerajaan mahupun rakyat.Antara perkara yang menjadi pucuk kepada perlembagaan
Malaysia dalam hubungan etnik adalah Perlembagaan menentukan tanggungjawab
rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu yang tidak
boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan
kaum. Paksi-paksi ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam
perlembagaan melainkan adanya sejarah yang unik dan tersendiri yang membawa
kepada perkara tersebut. Empat perkara tersebut telah dirangkumkan dalam sebuah
perjanjian lisan yang dikenali sebagai kontrak sosial.Kontrak Sosial merupakan
satu permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu
persetujuandi kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu,
Cina dan India.Istilah kontrak sosial sebenarnya tidak ditulis di dalam
perlembagaan persekutuan 1957. Walaubagaimanapun, kita wajib memahami bahawa
kontrak sosial ini telah menjadi asas utama dalam perlembagaan tersebut, yang
merangkumi empat perkara iaitu kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, Hak istimewa
orang melayu dan Bahasa Melayu. Secara mudahnya, kontrak sosial adalah satu
istilah yang mewakili kesediaan orang Melayu untuk memberi kewarganegaraan
kepada orang bukan Melayu dengan bayaran keempat-empat perkara yang telah
dinyatakan tadi.Konklusinya,tidak dapat disangkal lagi pembentukan Perlembagaan
Malaysia merupakan acuan kepada pembentukan sesebuah negara yang berdaulat
dimana ia bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil,
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan
dan rakyat, alat untuk menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara bangsa
serta mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
FARAH ADILA
Refleksi : Perlembagaan
Malaysia: Tiang Seri Hubungan Etnik
Pembelajaran saya pada hari ini, mengenai perlembagaan Malaysia persekutuan. Terdapat
bidang kuasa bertanggungjawab untuk mengawal satu authority dengan authority
yang lain. Authoriti yang tertinggi di Malaysia merupakan Yang Di-Pertuan
Agong, badan eksekutif merupakan Perdana Menteri, badan undang- undang mewakili
daripada parlimen dan dewan rakyat dan akhir sekali badan kehakiman terdiri
daripada makhmah.
Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh Negara-negara
lain seperti Jepun, British. Penjajah yang terakhir menjajah Tanah Melayu
merupakan British. Sistem- sistem yang ada di Negara British telah diterapkan
dalam pembetukan di dalam sistem di Malaysia. Salah satu sistem yang
diperkenalkan merupakan Malayan Union ditubuhkan untuk menyatukan negeri-negeri
dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Walau bagaimanapun, usaha British untuk menubuhkan
Malayan Union mendapat tentangan hebat orang melayu.
Penubuhan parti politik ditubuhkan bagi memilih pemimpin-pemimpin
bagi setiap negeri untuk mengawal dan mentadbir sistem Negara selain daripada
raja-raja melayu menjaga hak-hak orang melayu dan agama islam. Parti politik
UMNO ditubuhkan untuk mewakili orang melayu, MIC mewakili kaum india dan MCA
mewakili kaum cina.
Perkara 38 merupakan kuasa Raja-Raja Melayu merupakan Yang di
Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah
negeri secara bergilir-gilir. Manakala, disebut dalam perkara 3 Perlembagaan
Malaysia bahawa Islam sebagai agama persekutuan. Agama islam diamalkan dalam
upacara rasmi mahupun tidak rasmi. Malah dalam pada masa yang sama, agama-agama
lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni.
Bahasa kebangsaan merupakan bahasa melayu tetapi dalam masa yang
sama bahasa-bahasa lain bebas digunakan. Terdapat beberapa isu mengenai bahasa
melayu dari segi individu dan masyarakat iaitu pengunaan bahasa yang tidak
menepati tatabahasa melayu dan pengunaan bahasa rojak bagi menjimatkan masa
semasa percakapan atau melalui lisan. Malah, dari segi Negara pula atas faktor
terdapat banyak bahasa yang diguna pakai di setiap Negara.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan islam yang meletakkan
al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber tertinggi Negara. Pembentukan Negara
adalah masyarakat dan pemerintah yang dibentuk melalui undang-undang. Piagam
Madinah terdapat 47 fasal iaitu 23 perkara mengenai orang islam dan 24 mengenai
orang bukan islam. Piagam Madinah telah memperkenalkan konsep hubungan
perpaduan antara umat islam dan bukan islam yang pertama di dunia.
Sehubungan dengan itu, perlembagaan merupakan undang yang telah
digubal bagi mengawal sesebuah Negara yang berbilang bangsa, kaum, dan etnik.
Pengubalan perlembagaan persekutuan harus diteliti melalui pelbagai aspek dari
segi masyarakat yang majmuk dan berbilang agama.