Farah Roslan
Islam adalah merupakan agama yang membawakesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila NabiSAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak muliakepada semua manusia. Secara asasnya, Islam membenarkanumatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalamaspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusifirman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik danberlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamukerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu darikampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” . (al-Mumtahanah: 8)
Perbezaan bangsa menyebabkan komunikasi antara bangsalain terbatas atas factor-faktor yang tertentu. Di Malaysia, terdapat pelbagai masyarakat majmuk berbilang bangsa tinggaldi satu Negara dengan tujuan dapat hidup secara harmoni, toleransi dan hormat-menghormati keadaan aman damai telahmelahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan social yang baik. Dengan populasi yang semakin meningkat di Malaysia, komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu kompleks, Malaysia Berjaya mengekalkan kerukunandalam kehidupan bermasyarakat serta pencapaian pembangunan.
Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati bagindabekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinahdan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasaryang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenalisebagai Sahifah Madinah. Antara kandungan piagam itu adalahkerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat samaada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhiPerlembagaan. Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktirafperanan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan.Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebihdahulu dari peperangan. Dalam menjayakan Hijrah bagindaSAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untukmelancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliauadalah Abdullah bin Uraiqith. Nabi SAW menggunakan khidmatbeliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui olehmereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekahuntuk bermusafir ke Madinah. Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliautidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakancita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam memintabantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134).
Terdapat pelbagai langkah-langkah untuk berkomunikasidengan masyarakat atau individu yang bukan beragama islamatas factor daripada mengelak perselisihan faham antaranyaialah memberikan makanan. Rasulullah ShallalLahu ‘alaihiwasallam pernah memberi makan seorang lelaki Yahudi yang sudah tua, buta, dan sakit-sakitan setiap hari sampai beliauShallalLahu ‘alaihi wasallam wafat. Bahkan beliau menyuapiYahudi tersebut dengan penuh kelembutan, padahal setiap kali beliau datang untuk menyuapinya, lelaki itu mencaci-makibeliau selama beliau menyuapinya. Lelaki itu tidak tahu kalauyang menyuapinya adalah orang yang ia caci-maki. KetikaRasulullah ShallalLahu ‘alaihi wasallam wafat dan Abu Bakarmenggantikan beliau menyuapi lelaki tua tersebut, Abu Bakarmemberi tahu bahwa orang yang ia caci-maki itu adalah orang yang selama ini menyuapinya dan sekarang sudah meninggaldunia. Yahudi itu menangis kemudian masuk Islam.
Menolong mereka ketika kesusahan. Ini pula yang pernahdilakukan Rasulullah ShallalLahu ‘alaihi wasallam kepada lelakiYahudi tua yang buta dan sakit-sakitan tersebut. Dalam hal initermasuk yang sakit dan membantu mereka, membantu merekayang miskin, terutama jika mereka adalah tetangga dekat, memberi air pada musim kekeringan jika mereka membutuhkan, memberikan beasiswa bagi anak-anak mereka yang tidakmampu, dan lain-lain tanpa menyuruh apalagi memaksa merekamemeluk Islam. Karena hidayah itu ada di tangan Allah.
Mengucapkan ucapan kegembiraan atau memberi hadiah.Hal tersebut biasanya dilakukan pada momen-momen tertentuseperti kelahiran bayi, kenaikan pangkat, mendapat pekerjaanyang lebih baik, mendapat penghargaan atas prestasi, dan lain-lain yang tidak berhubungan langsung dengan masalah ibadah(ritual agama). Islam tidak melarang hal-hal tersebut, bahkanmenganjurkan.
NAJAA SYAHIRAH1.Berlaku adil.
-Allah mewajibkan umat Islam untuk berlaku adil kepada mereka walaupun berbeza agama. Contohnya memberi bantuan dari segi kewangan, member makanan kepada yang kelaparan, bertutur dengan kata kata yang sopan dan sebagainya.
-Seperti dalam surah Al-Mumtahanah ayat 60 “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.
2.Tidak bersikap zalim
-Allah melarang umatnya dari bersikap zalim terhadap masyarakat yang bukan Islam. Seorang Muslim tidak boleh menganiaya mereka, mengkhianati amanah mereka, mencuri harta mereka dan lain lain lagi.
-Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 190 “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
3.Tidak memaksa untuk masuk agama Islam
-Sebagai orang Islam, kita tidak seharusnya memaksa mereka yang bukan beragama Islam untuk memasuki agama kita. Ini telah di sebut dalam surah Al-Baqarah ayat 2 “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) ; sesungguhnya telah jelas jalan-jalan yang benar daripada jalan yang sesat”
SYAHIRAH SALLEH
Cara umat Islam bergaul dengan non-muslim ialah dengan menerima perbezaan dengan sifat keterbukaan. Tidak memandang perbezaan dari sudut negatif tetapi melihat perbezaan dari sudut yang positif. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian bangsa dan agama, menjadi satu keperluan untuk kita belajar adat resam atau budaya sesuatu bangsa atau agama yang ada dalam negara kita. Sebagai contoh, kita menghormati adat kaum cina yang melarang penggunaan warna hitam sewaktu menyambut perayaan tahun baru cina. Kita juga boleh merayakan perayaan kaum lain tanpa melanggar hukum Islam. Contohnya, memenuhi undangan rumah terbuka kaum lain. Kita juga boleh memberitahu atau berkongsi dengan non-muslim tentang budaya kita sebagi orang melayu, dengan lebih mudah lagi. Sebagai contoh, memberitahu sebab kenapa lelaki dan perempuan tidak boleh bersalam jika bukan suami isteri.kita juga harus pastikan yang kita tidak menyentuh isu-isu yang sensitif yang boleh menggugat keharmonian kaum."Agama bukan punca konflik tetapi perlu menjadi penyatuan perpaduan kaum".
NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI
Islam tidak melarang umatnya bergaul dengan kaum bukan muslim.Hanya saja, dalam pergaulan Islam telah memberikan adab-adabnya baik dengan sesama muslim dan adab dengan bukan muslim.
1. Dibolehkan melakukan kerjasama dlm hal hablum minannas (antar manusia dg manusia) spt perdagangan, pendidikan umum, pekerjaan, memberantas kebatilan, menolong orang yang dizhalimi, memberantas segala bahaya terhadap kemanusiaan, menjaga keamanan lingkungan, memperoleh barang bukti dan memberantas penyakit-penyakit menular, dan lain-lainnya. Tapi tdk boleh kerjasama dlm hal agama. spt ikut perayaan suatu agama, atau melakukan ibadah bersama. Ibadah bersama yang tidak dibolehkan ini tentu saja dlm konteks ibadah manusia ke tuhan spt sholat atau misa. Tapi ibadah antara manusia spt saling memberikan hadiah/sedekah, senyum, mengucapkan salam, berbuat baik dll dibolehkan
Makanya dlm ibadah yang menyangkut perayaan hari besar agama ttu, ada ulama berpendapat, tdk boleh mengucapkan selamat kpd non muslim saat perayaan agamanya. Tapi kalau untuk perayaan umum seperti kelahiran, naik jabatan, ulang tahun dan hal2 umum lainnya maka dibolehkan. Krn, perayaan agama spt hari besar agama lain, itu udah dlm ranah aqidah. Tapi ada ulama lain yang berpendapat, boleh mengucapkan selamat tetapi tdk boleh mengikuti perayaannya. Toleransi ummat islam utk bukan islam yg sdg merayakan hari besarnya adalah dg tdk mengganggu, menghalang2i dan tdk ikut campur dlm perayaan tsb.
Ini didasarkan surat al-kafirun:
1. Qul yaa ayyuhal kaafiruun.
Katakanlah: Hai orang-orang kafir,
2. Laa a'budu maa ta'buduun.
aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
3. Wa laa antum 'abiduuna maa a'bud.
Dan kamu tdk pula menyembah apa yang aku sembah,
4. Wa laa ana 'aabidum maa 'abattum.
dan aku bukan menyembah apa yang kamu sembah,
5. Wa laa antum 'aabiduuna maa a'bud.
Dan kamu tdk pula menyembah apa yang aku sembah
6. Lakum diinukum wa liya diin.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Makanya letak toleransi ummat muslim kepada bukan muslim dalam urusan agama adalah "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".
2. Berlaku adil kepada mereka. Allah mewajibkan ummat muslim menegakkan keadilan, baik ke sesama muslim maupun ke non muslim yang berbuat baik. Dan juga berbuat baik dengan bantuan finansial, memberi makan kepada mereka yang kelaparan, memberi pinjaman bagi mereka yang membutuhkan, menolong mereka dalam perkara-perkara yang mubah (boleh), berlemah-lembut dalam tutur kata, membalas ucapan selamat mereka (yang tidak terkait dengan akidah, seperti selamat belajar, selamat menikmati hidangan dll)
Hal ini berdasarkan surat Al-Mumtahanah 60.
“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
Surat Al Maidah ayat 8.
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
3. Berbuat baik dan berkata baik kpd bukan muslim, dan jikapun berdebat, berdebat dg baik, tidak mencaci dan hal2 buruk lainnya
Surat Al Ankabut 46
“Janganlah engkau berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang terbaik, kecuali orang-orang yang zhalim di antara mereka.”
Surat An-Nahl: 125.
"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."
AFIQAH NAZIHAH
Bagaimanakah cara bergaul dengan NON MUSLIM ?
"Barang siapa membunuh orang kafir yang mengikat perjanjian damai dengan kaum muslimin, maka dia tidak akan mencium bau surga. Padahal, bau surga itu sudah tercium dari perjalanan empat puluh tahun." (HR. al-Bukhari). Manusia adalah makhluk yang sosial yang sentiasa berinterasi antara satu sama lain. Islam bukanlah agama yang menjadi "monster" menakutkan bagi pemeluk agama yang berbeda; Islam adalah senyum damai bagi siapa saja yang menatapnya. Islam tidak pernah disebarkan dengan pedang; Islam didakwahkan dengan penuh kasih sayang. Sayang sekali, prinsip ini dilupakan. Lebih memprihatinkan, di negeri ini sentimen agama seringkali memantik pertikaian yang berkepanjangan dan melelahkan.Oleh itu ,apakah alternatif relevan yang boleh dilakukan apabila bergaul dengan non muslim?Marilah sama-sama kita merungkai langkah yang boleh diambil dalam pergaulan bersama non muslim. Antara langkah major yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa bergaul baik dengan semua masyarakat tanpa mengira latar belakang. irman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159. Sekiranya kita ada kawan dari kalangan yang bukan ajaklah dia berbincang mengenai keindahan agama, biar wujud kesefaham dalam beragama di antara kita dan kawan kita. Sekali gus, dialog memahami agama sudah ada. Demikian kita akan lebih faham kawan kita dan agamanya. Mungkin dengan cara itu kita dapat elakkan salah faham atau tersalah anggap. Menelusuri cara Rasulullah SAW melayan orang bukan Islam, kita akan terpegun dan percaya bahawa sikap ini yang menjadikan ramai manusia yang jatuh hati kepada agama Islam.Antaranya riwayat daripada Anas bin Malik r.a, bahawa seorang budak lelaki yahudi yang berkhidmat (khadam) untuk Rasulullah tiba-tiba jatuh sakit, lalu baginda SAW menziarahi budak yahudi itu.Ketika baginda duduk di sisi kepala budak tersebut, baginda berkata: Islamlah (masuklah Islam), lalu budak itu melihat ke arah ayahnya, lantas ayahnya berkata kepada anaknya: taatlah engkau kepada Abu al-Qasim (Nabi SAW dengan menganut Islam), tanpa berlengah budak itu menganut Islam.Setelah baginda keluar dari rumah budak itu, baginda berkata: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari neraka. (riwayat al-Bukhari).Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata, telah dikatakan kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah! Doalah supaya orang musyrikin diturunkan musibah. Baginda membalas: sesungguhnya aku tidak diutus untuk melaknat (meminta suatu yang buruk), akan tetapi aku diutus sebagai pembawa rahmat. (riwayat Muslim).Tuntasnya, contohilah Rasulullah s.a.w . Baginda sentiasa berkemah dan mesra melayan masyarakat tanpa mengira agama.Hal ini demikian kerana ,apabila kita berbuat baik kepada orang bukan Islam secara tidak langsung kita telah menunjukkan sikap yang terpuji sebagai seorang Muslim. Ini dapat menarik minat mereka untuk lebih mengenali Islam.Percayalah,Islam bukan terrorist seperti yang telah difitnah oleh Yahudi.
IMRAN BIN ABDUL JALIL
2014979021
‘CARA BERGAUL MUSLIM DENGAN NON-MUSLIM’
Bergaul adalah salah satu cara yang
dilakukan manusia untuk besosial dengan sesama manusia dan bergaul sudah
menjadi suatu rutin bagi setiap manusia. Kerana pada hakikatnya manusia tidak
dapat hidup sendiri, walaupun manusia itu sendiri diciptakan mempunyai perangai
atau sikap yang berbeza. Oleh itu, janganlah perbezaan itu menjadi penghalang
kita untuk bergaul atau bersosial antara kita sama ada ia melingkumi perbezaan
agama. Setiap agama pastinya mengajar setiap umatnya untuk saling bertolak
ansur dan sentiasa menjaga hubungan baik terhadap setiap manusia. Untuk menjaga
hubungan baik tersebut mestilah berasaskan pergaulan sesama manusia.
Di Malaysia, terdapat banyak kaum dan
bangsa yang berlainan agama. Oleh itu, pentinglah kita untuk menjaga sensitiviti
setiap masyarakat yang berbeza agama di Malaysia. Seperti Islam, mengharamkan
memakan babi dan meminum arak, sebagai umat Islam perlulah kita memberitahu hukum
terhadap haraman tersebut kepada non muslim tanpa menyinggung dan non muslim
perlulah menghormati hukum yang ditetapkan itu. Setiap agama pasti mempunyai larangan
kepada sesuatu yang dilakukan di muka bumi ini, oleh itu, kita mesti
menghormati perkara tersebut tanpa ada sifat benci dan prejudis.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.” (QS. Al Hujurat:13)
No comments:
Post a Comment