REPORT
LITAARAFU – SABAH
CTU
555
BM243
4L
Disediakan
untuk: Ustazah Mahfuzah Mohammed Zabidi
Disediakan
oleh:
NUR
FARAH ADILAH BT MOHD ROSLAN 2014579763
NAJAA
SYAHIRAH BT SAMSUDIN 2014959139
NURUL
SYAFIQAH BT MD SALLEH 2014970689
IMRAN
BIN ABDUL JALIL 2014979021
AFIQAH NAZIHAH BINTI ABDUL LATIP 2015854262
NUR ALYA AMIRA BT NOOR AZMI
2015832268
ISI KANDUNGAN
|
No
|
Tajuk
|
Muka Surat
|
|
1
|
Penghargaan
|
3
|
|
2
|
Pendahuluan
|
4
|
|
3
|
Pengenalan
|
5
|
|
4
|
Suku Kaum Bugis
|
7
|
|
5
|
Budaya Material (Kebendaan)
|
8
|
|
6
|
Budaya Bukan Material
|
9
|
|
7
|
Sumber Ekonomi
|
13
|
PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU 555 iaitu Puan Mahfuzah Mohammed
Zahidi kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagi
menyiapkan modul litaarafu ini.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi semangat dan dorongan
untuk menyiapkan kerja ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik
Kamal bin Lahami yang sudi memberi kerjasama dan membenarkan kami membuat temu
ramah tentang masyarakat Sabah.
Akhir sekali, kalungan terima kasih
kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu dan memberi komen yang membina
untuk menyiapkan kerja ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan
oleh semua pihak membolehkan kami Berjaya menyiapkan kerja ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Modul litaarafu merupakan salah satu modul
yang perlu di lengkapkan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran CTU 555.
Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari maklumat tentang budaya yang merangkumi
material dan bukan material. Kami di perlukan untuk mencari sebanyak informasi
yang mungkin tentang negeri Sabah dengan menemu ramah orang yang berasal dari
Sabah.
Kami telah menemu ramah Encik Kamal
bin Lahami yang berusia 34 tahun yang berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau
merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam,
Selangor.
PENGENALAN
Peta
Negeri Sabah
Sabah
merupakan negeri kedua yang terbesar di Malaysia yang terletak di utara pulau
Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500
kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China
Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut
Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz
negara Ireland di Eropah. Ibu kota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang
dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota
Kinabalu telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.
Sabah
dikenali dengan gelaran “Negeri Di Bawah Bayu” yang bukan sahaja terkenal
dengan keindahan semulajadi tetapi dengan warisan budaya penduduknya. Sabah
kaya dengan berbagai bagai jenis tumbuhan dan bunga terbesar di dunia Rafflesia
boleh di temui di Sabah.
Keadaan
geografi Sabah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang disilangi dengan
sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang
subur dan juga gua boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang
tertinggi di Asia Tenggara merupakan mercu tanda negeri Sabah dengan ketinggian
4 059 meter.
Sabah juga
terdiri dari pelbagai kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada
sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak
kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun,
Murut, Paitan dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi,
Iranun, Ida’an dan Brunei. Bukan itu sahaja, kaum Cina merupakan kumpulan
penduduk bukan asli yang terbesar. Oleh itu, Sabah kaya dengan penduduk yang
berbagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Keadaan politik
Sabah di negara Malaysia sangat rancak di mana parti-parti politik yang
mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan
pendapat mereka.
SUKU
KAUM BUGIS
Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk
asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah
Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia
yang merdeka selepas. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang
sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan
kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.
Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah
masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan
budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan
mereka di Sabah sudah terlalu lama dan keturunan mereka sudah bercampur melalui
perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan
Bajau. Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti kerana mereka
menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu Tawau. Mereka juga hanya tahu
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Selain itu, mereka
tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa Bugis di Sulawesi selatan sebaliknya
hubungan kekeluargaan mereka hanya di kalangan masyarakat Melayu Tawau yang
terdiri dari pelbagai asal keturunan. Golongan ini juga tidak pernah ‘balik
kampung’ kerana bumi Sabah adalah kampung halaman mereka malah mereka tidak
mempunyai keluarga di Indonesia.
Bugis Indonesia adalah berbeza dengan
masyarakat Melayu yang banyak di Tawau, wujud dari perkahwinan campur di
kalangan suku-suku kaum Melayu. Ini kerana orang-orang Bugis asli dari
Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan
di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri di
kalangan Bugis Indonesia dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri
iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih
suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur
dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah
tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak,
Lahad Datu, dan Sandakan.
BUDAYA MATERIAL (KEBENDAAN)
Suku kaum Bugis tidak mempunyai banyak
jenis tarian tetapi mereka mempunyai kesenian yang tersendiri. Salah satu alat
musik petik tradisional ialah kecapi khususnya untuk suku Bugis, Bugis Makassar
dan Bugis Mandar. Menurut sejarah, ianya diciptakan oleh seorang pelaut sehingga berbentuk menyerupai perahu yang
memiliki dua dawai.
ALAT
YANG DIGUNAKAN UNTUK KECAPI
BUDAYA BUKAN MATERIAL
CARA PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS
Adat Perkahwinan cara bugis adalah
berbeza sedikit dengan etnik-etnik di Sabah. Antaranya dikenali sebagai ‘serapoh’
merupakan daun-daun yang telah diikat bersama kayu disediakan untuk dijadikan
khemah untuk tetamu yang datang semasa majlis perkahwinan dan persiapan sebelum
perkahwinan iaitu rewang. Rewang bagi masyarakat bugis iaitu persiapan sebelum
perkahwinan seperti memasak, berinai dan lain-lain.
Selain itu, pada malam sebelum majlis
diadakan terdapat pertandingan permainan seperti kad domino dan tujuannya
adalah supaya menjaga kawasan rumah. Permainan selalunya disertai oleh kaum
lelaki tidak kira usia muda dan tua. Pemenang permainan tersebut akan diumumkan
semasa majlis perkahwinan.
Perkahwinan
Suku Kaum Bugis
Malam Mapacci atau lebih dikenali
sebagai malam berinai dilakukan pada malam sebelum hari nikah. Ianya akan
dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mapacci adalah malam untuk
pengantin perempuan sahaja. Pelaminnya diperbuat daripada buluh dan dihias
dengan kain berwarna-warni.
PELAMIN MALAM MAPACCI
CARA PENGEBUMIAN MASYARAKAT BUGIS
Masyarakat bugis mempunyai adat
tersendiri apabila terdapat kematian ahli keluarga mereka. Antara budaya
kebendaan yang digunakan apabila terdapat kematian,sebelum pengebumian dan
sepanjang tempoh berkabung akan ada permainan yang dimainkan oleh kaum keluarga.
Tempoh berkabung yang diadakan ialah 40 hari. Selepas 40 hari permainan
tersebut akan diletakkan ke atas kubur ahli keluarga yang meninggal.
CARA SAMBUT ANAK MASYARAKAT BUGIS
Apabila terdapat ahli keluarga yang
baru sahaja melahirkan bayi, majlis akikah akan diadakan. Majlis akikah
tersebut akan disertai aktiviti cukur jambul dan khatam al-quran. Budaya
material yang diterapkan dalam masyarakat bugis apabila tiba majlis sambut anak
ialah terdapat batang pisang yang akan diletakkan di dalam rumah dan pada
batang pisang tersebut akan dicucuk bunga telur. Selain itu, masyarakat bugis
mempercayai bahawa bayi yang baru dilahirkan perlu dibuat aktiviti tolak bala.
Ahli keluarga akan membuat sangkar yang duganakan daripada buluh dan dilepaskan
ke sungai. Aktiviti tolak bala bertujuan supaya bayi yang baru dilahirkan akan
sihat dan dijauhkan malapetaka ke atas bayi tersebut.
SAMBUTAN PERAYAAN MASYARAKAT BUGIS
Masyarakat bugis beragama Islam
menyambut perayaan sama dengan bangsa melayu sabah yang lain seperti Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Apabila tiba perayaan yang disambut makanan
yang akan disediakan adalah ‘Burasak’ iaitu beras yang diikat dalam daun pisang
dan akan direbus. Burasak akan dimakan bersama ayam masak lengkuas. Tidak asing
lagi bagi masyarakat bugis kerana ia merupakan makanan kegemaran masyarkat
bugis apabila tiba waktu perayaan. Semasa hari perayaan juga masyarakat bugis
akan menziarahi jiran dan saudara-mara yang berbangsa melayu akan tetapi
terdapat perbezaan daripada masyarakat melayu yang lain kerana tidak
mengamalkan pemberian duit raya semasa hari perayaan.
BURASAK
SUMBER EKONOMI
Ekonomi negeri
Sabah bergantung kepada eksport komoditi terutamanya seperti minyak kelapa
sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengeksportan
telah membentuk 70% daripada jumlah pengeluaran.
Pada masa kini,
negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh
Malaysia. Selain daripada sektor perkayuan dan pertanian, sector perkilangan
dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber
ekonomi negeri Sabah.
Hampir 1/7
daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. 12.9% telah digunakan
untuk pertanian,42.9% adalah pemeliharaan hutan, 1.2% untuk perikanan, 2.6%
hidupan liar, 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.
Sektor pertanian
merupakan tulang belakang utama kepada ekonomi negeri Sabah. 70% daripada
penduduk Sabah menetap diluar Bandar dimana mereka terlibat secara lansung dan
tidak lansung dengan sector pertanian. Sektor pertanian telah menyumbangkan 30%
daripada Jumlah Pengeluaran Dalaman Negeri dan menyediakan 33% peluang
pekerjaan dan 35% jumlah pendapatan eksport negeri. Kelapa sawit merupakan
penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan eksport negeri.
RUJUKAN









