Thursday, 3 December 2015

REFLEKSI DIRI

SHAFIQAH SALLEH


Pengajarann yang saya boleh ambil dari kisah pada minggu ini ialah sebagai seorang pemimpin kita seharusnya berlaku adil dalam pemerintahan kita. Kita tidak boleh ada sifat pilih kasih atau mementingkan diri sendiri. Selain itu, kita seharusnya memikirkan tentang baik buruk sesuatu perkara itu sebaik-baiknya kerana sesuatu perkara itu mungkin kelihatan buruk pada pandangan mata kita tetapi di sisi Allah dan Nabi Muhammad S.A.W kelihatan tinggi. Kita perlu fikirkan tentanng pandangan Allah dan Rasul daripada fikirkan tentang pandangan manusia terhadap diri kita. 

NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI

Refleksi saya pada minggu ini adalah sebagai pemimpin kita seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat kita. Teladan yang bagus akan menjadi contoh kepada rakyat, maka secara tidak langsung rakyat akan lebih berfikiran maju. Selain itu, sebagai pemimpin yang beragama Islam seharusnya merujuk Al-Quran atau Hadis kerana Nabi Muhammad sememangnya pemimpin yang bertauliah dan dipercayai oleh rakyatnya. Pemimpin seharusnya lebih bijak bertindak supaya tidak membuat keputusan yang silap.

FARAH ADILA ROSLAN

Hasil pembelajaran dari kisah yang telah diceritakan oleh ustazah mengenai ciri pemimpin, sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada saya iaitu tentang seorang pemuda yang telah membunuh seorang lelaki tua kerana membunuh unta pemuda tersebut. Kisah ini berlaku pada zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A sebagai pemimpin. Khalifah Omar Bin Khattab R.A merupakan seorang pemimpin yang tegas, jujur dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab beliau. Ini menunjukkan beliau adil dalam menjalankan tanggungjawab beliau apabila bunuh harus dihukum dengan bunuh. Seorang pemimpin yang berjaya haruslah diterapkan ilmu-ilmu agama sebelum bergelar pemimpin supaya dapat menjalankan tanggungjawab yang benar dan salah. Malah, seorang pemimpin perlu mengadaptasikan pemimpin yang bersifat terbuka kepada dunia luar kerana perubahan dan peredaran semasa yang sentiasa berubah. Sebelum memimpin rakyat kearah kebaikan, seorang pemimpin perlu menunjukkan sifat dan ciri-ciri yang baik kepada masyarakat. Ini menggalakkan lagi masyarakat kearah kebaikan dan pemimpin digelar sebagai contoh.




NU



No comments:

Post a Comment