Wednesday, 16 December 2015

LITA ARAFU



REPORT LITAARAFU – SABAH
CTU 555
BM243 4L


Disediakan untuk: Ustazah Mahfuzah Mohammed Zabidi

Disediakan oleh:

NUR FARAH ADILAH BT MOHD ROSLAN       2014579763
NAJAA SYAHIRAH BT SAMSUDIN                    2014959139
NURUL SYAFIQAH BT MD SALLEH                  2014970689
IMRAN BIN ABDUL JALIL                                     2014979021
 AFIQAH NAZIHAH BINTI  ABDUL LATIP          2015854262
 NUR ALYA AMIRA BT NOOR AZMI                   2015832268


ISI KANDUNGAN


No

Tajuk

Muka Surat

1

Penghargaan
3

2

Pendahuluan
4

3

Pengenalan

5

4


Suku Kaum Bugis

7

5

Budaya Material (Kebendaan)

8

6

Budaya Bukan Material

9

7

Sumber Ekonomi

13














PENGHARGAAN





Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU 555 iaitu Puan Mahfuzah Mohammed Zahidi kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan modul litaarafu ini.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Kamal bin Lahami yang sudi memberi kerjasama dan membenarkan kami membuat temu ramah tentang masyarakat Sabah.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu dan memberi komen yang membina untuk menyiapkan kerja ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami Berjaya menyiapkan kerja ini dengan jayanya.









PENDAHULUAN

Modul litaarafu merupakan salah satu modul yang perlu di lengkapkan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran CTU 555. Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari maklumat tentang budaya yang merangkumi material dan bukan material. Kami di perlukan untuk mencari sebanyak informasi yang mungkin tentang negeri Sabah dengan menemu ramah orang yang berasal dari Sabah.
Kami telah menemu ramah Encik Kamal bin Lahami yang berusia 34 tahun yang berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.






PENGENALAN

Peta Negeri Sabah

Sabah merupakan negeri kedua yang terbesar di Malaysia yang terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibu kota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.
Sabah dikenali dengan gelaran “Negeri Di Bawah Bayu” yang bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai bagai jenis tumbuhan dan bunga terbesar di dunia Rafflesia boleh di temui di Sabah.

Keadaan geografi Sabah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan juga gua boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara merupakan mercu tanda negeri Sabah dengan ketinggian 4 059 meter.
Sabah juga terdiri dari pelbagai kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, Paitan dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida’an dan Brunei. Bukan itu sahaja, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Oleh itu, Sabah kaya dengan penduduk yang berbagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Keadaan politik Sabah di negara Malaysia sangat rancak di mana parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan pendapat mereka.















SUKU KAUM BUGIS

Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.
Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan mereka di Sabah sudah terlalu lama dan keturunan mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan Bajau. Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti kerana mereka menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu Tawau. Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Selain itu, mereka tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa Bugis di Sulawesi selatan sebaliknya hubungan kekeluargaan mereka hanya di kalangan masyarakat Melayu Tawau yang terdiri dari pelbagai asal keturunan. Golongan ini juga tidak pernah ‘balik kampung’ kerana bumi Sabah adalah kampung halaman mereka malah mereka tidak mempunyai keluarga di Indonesia.
Bugis Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang banyak di Tawau, wujud dari perkahwinan campur di kalangan suku-suku kaum Melayu. Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri di kalangan Bugis Indonesia dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak, Lahad Datu, dan Sandakan.



BUDAYA MATERIAL (KEBENDAAN)

Suku kaum Bugis tidak mempunyai banyak jenis tarian tetapi mereka mempunyai kesenian yang tersendiri. Salah satu alat musik petik tradisional ialah kecapi khususnya untuk suku Bugis, Bugis Makassar dan Bugis Mandar. Menurut sejarah, ianya diciptakan oleh seorang pelaut  sehingga berbentuk menyerupai perahu yang memiliki dua dawai.



ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK KECAPI







BUDAYA BUKAN MATERIAL

CARA PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS
Adat Perkahwinan cara bugis adalah berbeza sedikit dengan etnik-etnik di Sabah. Antaranya dikenali sebagai ‘serapoh’ merupakan daun-daun yang telah diikat bersama kayu disediakan untuk dijadikan khemah untuk tetamu yang datang semasa majlis perkahwinan dan persiapan sebelum perkahwinan iaitu rewang. Rewang bagi masyarakat bugis iaitu persiapan sebelum perkahwinan seperti memasak, berinai dan lain-lain.
Selain itu, pada malam sebelum majlis diadakan terdapat pertandingan permainan seperti kad domino dan tujuannya adalah supaya menjaga kawasan rumah. Permainan selalunya disertai oleh kaum lelaki tidak kira usia muda dan tua. Pemenang permainan tersebut akan diumumkan semasa majlis perkahwinan.


Perkahwinan Suku Kaum Bugis



Malam Mapacci atau lebih dikenali sebagai malam berinai dilakukan pada malam sebelum hari nikah. Ianya akan dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mapacci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja. Pelaminnya diperbuat daripada buluh dan dihias dengan kain berwarna-warni.


        PELAMIN MALAM MAPACCI








CARA PENGEBUMIAN MASYARAKAT BUGIS
Masyarakat bugis mempunyai adat tersendiri apabila terdapat kematian ahli keluarga mereka. Antara budaya kebendaan yang digunakan apabila terdapat kematian,sebelum pengebumian dan sepanjang tempoh berkabung akan ada permainan yang dimainkan oleh kaum keluarga. Tempoh berkabung yang diadakan ialah 40 hari. Selepas 40 hari permainan tersebut akan diletakkan ke atas kubur ahli keluarga yang meninggal.

CARA SAMBUT ANAK MASYARAKAT BUGIS
Apabila terdapat ahli keluarga yang baru sahaja melahirkan bayi, majlis akikah akan diadakan. Majlis akikah tersebut akan disertai aktiviti cukur jambul dan khatam al-quran. Budaya material yang diterapkan dalam masyarakat bugis apabila tiba majlis sambut anak ialah terdapat batang pisang yang akan diletakkan di dalam rumah dan pada batang pisang tersebut akan dicucuk bunga telur. Selain itu, masyarakat bugis mempercayai bahawa bayi yang baru dilahirkan perlu dibuat aktiviti tolak bala. Ahli keluarga akan membuat sangkar yang duganakan daripada buluh dan dilepaskan ke sungai. Aktiviti tolak bala bertujuan supaya bayi yang baru dilahirkan akan sihat dan dijauhkan malapetaka ke atas bayi tersebut.










SAMBUTAN PERAYAAN MASYARAKAT BUGIS
Masyarakat bugis beragama Islam menyambut perayaan sama dengan bangsa melayu sabah yang lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Apabila tiba perayaan yang disambut makanan yang akan disediakan adalah ‘Burasak’ iaitu beras yang diikat dalam daun pisang dan akan direbus. Burasak akan dimakan bersama ayam masak lengkuas. Tidak asing lagi bagi masyarakat bugis kerana ia merupakan makanan kegemaran masyarkat bugis apabila tiba waktu perayaan. Semasa hari perayaan juga masyarakat bugis akan menziarahi jiran dan saudara-mara yang berbangsa melayu akan tetapi terdapat perbezaan daripada masyarakat melayu yang lain kerana tidak mengamalkan pemberian duit raya semasa hari perayaan.


BURASAK








SUMBER EKONOMI

            Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada eksport komoditi terutamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengeksportan telah membentuk 70% daripada jumlah pengeluaran.
            Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor perkayuan dan pertanian, sector perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.
            Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. 12.9% telah digunakan untuk pertanian,42.9% adalah pemeliharaan hutan, 1.2% untuk perikanan, 2.6% hidupan liar, 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.
            Sektor pertanian merupakan tulang belakang utama kepada ekonomi negeri Sabah. 70% daripada penduduk Sabah menetap diluar Bandar dimana mereka terlibat secara lansung dan tidak lansung dengan sector pertanian. Sektor pertanian telah menyumbangkan 30% daripada Jumlah Pengeluaran Dalaman Negeri dan menyediakan 33% peluang pekerjaan dan 35% jumlah pendapatan eksport negeri. Kelapa sawit merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan eksport negeri.









RUJUKAN





























1 comment:

  1. Why do casino games pay out? - Dr.MCD
    In 경상북도 출장마사지 a casino game, there are more ways to 안성 출장샵 win than the house edge. Casino players 문경 출장마사지 will 강릉 출장샵 win by the chance to play 광양 출장샵 their favorite games. The more

    ReplyDelete