Wednesday, 2 December 2015

LATIHAN ILEARN

NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI
2015832268

SOALAN 1:
Dengan mengambil maklumat dari berita semasa, huraikan cabaran dalam mengekalkan integrasi antara kaum dan apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan diri anda selaku rakyat untuk mengatasi cabaran tersebut.
JAWAPAN:
Pada pandangan saya, cabaran dalam mengekalkan integrasi antara kaum adalah pertama agama dan bangsa. Dalam konteks ini, saya ingin menyatakan bahawa setiap agama dan bangsa mempunyai keunikan dan kelainan. Kerajaan seharusnya perlu mengambil berat dalam isu ini kerana apabila rakyat tidak bersatu maka tiada la perpaduan dalam sesebuah Negara. Untuk diri kita sebagai rakyat seharusnya tidak menilai bangsa lain dengan paras rupa, warna kulit dan sebagainya, seharusnya kita perlu tahu cara mereka berinteraksi untuk merapatkan ukhuwah. Seterusnya, kita sering beranggapan bahawa cina adalah kaya, india pula jahat manakala melayu pula pemalas, jadi disebabkan kita mempunyai pemikiran yang sebegini jurang antara hubungan sesuatu kaum akan lebih meluas. Sepatutnya rakyat perlu ubah pemikiran yang sebegini dan juga ubah penampilan untuk tidak dianggap sebegitu dan kerajaan pula harus melakukan sesuatu seperti sambutan hari 1 malaysia di mana semua rakyat berkumpul dalam aktiviti kesihatan ataupun jual beli barangan.

SOALAN 2:
Politik adalah salah satu dari perkara agama. Kepetingan politik diakui oleh Islam kerana dengan kuasa politik yang stabil, prinsip Islam sebagai rahmat sekalian alam dapat direalisasikan. Oleh demikian, Islam turut menyediakan panduan kepada pemimpin dan rakyat tentang hak dan tanggungajawab masing masing.
Berdasarkan maklumat mengenai tanggungajawab pemimpin, huraikan pandangan dan perancangan anda sekiranya anda adalah seorang Perdana Menteri. Bagaimanakah anda ingin mengaplikasi prinsip agama dalam pemerintahan anda?
JAWAPAN:
Andaikata suatu hari nanti saya di amanahkan untuk menjadi Perdana Menteri, saya ingin memberi bantuan kepada rumah setiap negeri menjadi Rumah Negeri yang melambangkan negeri tersebut di mana seperti Melaka. Maka dengan itu, saya dapat meningkatkan kadar perlancongan dalam Malaysia. Apabila berlakunya Rumah Negeri,saya akan mencantikkan pemandangan pemandangan yang telah tersedia di Malaysia.Selain itu, saya juga akan menguatkuasakan pembuangan sampah akan didenda dengan segera kerana dalam Islam kita telah diajar untuk menjaga kebersihan tetapi masyarakat Islam sekarang tidak mengambil berat tentang hal tersebut,mereka hanya tahu tentang solat sahaja.bukankah kebersihan itu juga adalah diterapkan dalam Islam? Untuk mengurangakn pembuanganan sampah dimerata tempat,kamera akan diletakkan di setiap sudut jalan maka dengan itu meraka yang sesuka hati membuang sampah di mana mana.

SOALAN 3.
Pembangunan politik dan ekonomi saling berkait rapat dan saling meperanguhi. Namun, matlamat kedua-dua pembangunan tersebut adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan perpaduan antara kaum.
Jika matlamat utama pembangunan ekonomi adalah (i) mencapai Negara maju dan (ii) membentuk Negara industri, (kita dah bincang minggu lepas), maka, dalam pembangunan politik, matlamatnya adalah untuk
(i)                 Membina Negara bangsa dan  (ii)   membentuk Negara demokrasi
Berdasarkan ciri-ciri dan ukuran percapaian Negara bangsa dan Negara demokrasi(anda boleh rujuk buku teks dan nota serta kaitkan dengan isu semasa), bincangkan, adakah tahap Negara bangsa dan demokrasidi Malaysia  berada di tahap yang baik?
Kemukakan hujah anda.
(i)                 Negara bangsa merujuk kepada kedaulatan negara dengan rakyat yang hidup dalam harmoni walaupun mereka terpisah dari segi bangsa, kepercayaan, agama, bahasa, budaya dan lain-lain. Untuk mencapai konsep negara bangsa, kesetiaan kepada negara, harmoni dan toleransi perlu dijadikan sebahagian kehidupan harian warganegaranya. Dari aspek sejarah, bila kita kembali kepada perjuangan pemimpin terdahulu konsep 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Dato’ Seri Najib sebenarnya hanya merangkumi usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Dato’ Onn Jaafar dan lima orang Perdana Menteri yang terdahulu. Ianya bukan usaha yang tergesa-gesa dan berbau politik seperti gagasan Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh parti DAP. Dari pandangan saya, Negara bangsa kita adalah di tahap yang sederhana. Ini kerana masyarakat kita tidak lagi mempunyai sikap bersatupadu, sikap bertolak ansur, sikap bersangka baik. Kehidupan yang dialami sekarang, kebanyakkan masyarakat hidup berkelompok, hidup mereka tidak bercampur dengan kaum lain, mungkin ada tp dalam tahap yang sedikit.



(ii)               Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Tahap Negara demokrasi di Malaysia berasa di tahap yang baik kerana terdapat banyak parti politik yang ditubuhkan. Hal ini membuktikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan walau apa jua keadaan.

SHAFIQAH SALLEH

SOALAN 1
Integrasi bermaksud perpaduan. Antara cabaran yang ada dalam memupuk sikap perpaduan di kalangan masyarakat ialah prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme.
Perpecahan juga berlaku disebabkan wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup. Kerumitan menanggung kos hidup penggangguran, kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala social yang berleluasa turut menyumbang kepada cabaran untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat.
Cara yang boleh kerajaan ambil untuk memupuk perpaduan ialah membuat kempen.
Selain itu juga, kerajaan boleh memberikan inentif bantuan pedidikan dan kemahiran kepada golongan yang kurang pendapatan. Dengan cara mengurangkan jurang ekonomi dan pendidkan, sifat prejudis antara kaum dapat dielakkan.
Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berperangsangka yang tidak baik kepada bangsa lain. Kita perlulah mempunyai sikap yang sentiasa berfikiran terbuka dan tidak membezakan diri kita dengan kaum lain.
Kita juga tidak patut mengajar anak-anak kita bersikap perkauman dan diskriminasi dengan kawan-kawan mereka. Kita seharusnya melentur  kanak-kanak dengan sifat yang baik kerana merekalah yang bakal memimpin Negara ini pada masa hadapan.


 SOALAN 2
Jika saya seorang Perdana Menteri saya akan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan ynag paling utama. Hal ini kerana didalam Al- Quran itu sendiri ada panduan untuk mejadi seorang pemimpin. Sunnah pula, kita boleh mengaplikasikan cara Rasulullah S.A.W dalam memimpin sebuah negara. Antara contohnya ialah Piagam Madinah. Walaupun pada masa itu Madinah mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, tetapi Rasulullah S.A.W tetap berjya menyatupadukan mereka semua dibawah satu piagam.
Malaysia juga mempunya pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang duduk didalam satu Negara yang sama. Dan sebagai pemimpin pada Negara ini saya juga mahu rakyat-rakyat hidup dalam Negara yang harmoni dan makmur.
Islam mengajar kita supaya selau mengelakkan perkara yang syubaha dan rasuah. Itu akan saya aplikasikan dalam pemerintahan. Menjadi seorang pemimpin bagi sebuah Negara bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana saya sedang memikul sebuah amanah yang sangat besar. Saya perlu menjadi pemimpin yang sentiasa menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran. Sebagai contoh, setiap orang yang melakukan kesalahan jenayah perlulah dikenakan hukuman tanpa mengira kedudukan seseorang didalam Negara.
Saya juga perlu sentiasa mengelakkn perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain. Mereka berhak untuk mengalamkan cara hidup dan amalan mereka tanpa ada apa- apa sekatan.

SOALAN 3
Negara Malaysia masih belum mencapai tahap Negara bangsa. Ini kerana rakyat Malaysia masih lagi mempunyai sikap prejudis dan diskriminasi antara kaum. Antara contohnya ialah perhimpunan yang berlaku baru-baru ini. Bukan sahaja kita prejudis antara kaum malahan kita juga prejudis sesama kaum. Untuk mencapai Negara bangsa kita seharusnya bersatu dalam membentuk Negara bangsa dari segi ekonomi dan permbangunan bangsa. Kita tidak seharusnay mempunyai pemikiran yang mementingkan diri sendiri sebaliknya memikirkan cara yang boleh kita lakukan sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya.

Najaa Syahirah


1.         Integrasi bermaksud keadaan di mana kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap kompromi terhadap kebudayaan majoriti masyarakat namun masih mempertahankan kebudayaan masing masing.
            Cabaran dalam mengekalkan integrasi antara kaum adalah perbezaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seperti yang kita tahu, ketika zaman penjajahan dahulu pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil. Sekolah-sekolah ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum. Walaubagaimanapun, sehingga sekarang negara kita masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Isu ini merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat di negara kita kerana terdiri dari berbilang bangsa. Oleh itu, kerajaan haruslah menubuhkan satu sistem persekolahan yang dapat melahirkan semangat perpaduan di Malaysia. Dengan adanya sistem ini, ia dapat menyemai semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing.

2.         Pada pendapat saya, perancangan yang akan saya lakukan untuk menjadi seorang pemimpin adalah dengan menjadi seorang yang bijak. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang mestilah bijak dari segi menguruskan masa dan pembahagian tugas. Bukan itu, sahaja, pemimpin juga mestilah bijak dalam mengendalikan setiap anak buahnya dengan menilai kelebihan masing-masing secara adil dan paling penting menjaga hati setiap anak buahnya itu.
            Seterusnya, untuk menjadi pemimpin perlulah ada ilmu pengetahuan yang cukup terutamanya sekali ilmu agama. Ini kerana, setiap pemimpin haruslah menjadikan agama sebagai sumber utama dalam menjadi seorang pemimpin. Ini telah terbukti dari zaman Rasulullah SAW lagi di mana jika kita mengikut kepimpinan yang berlandaskan hukum Allah, setiap masalah yang terjadi pasti dapat di selesaikan dengan adil. Selain dari ilmu agama, pemimpin juga harus mengetahui tentang sejarah negara kita sendiri. Ini bagi memastikan kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
            Bukan itu sahaja, seorang pemimpin haruslah juga pandai dan sentiasa bersedia dalam mengawal situasi. Dan dalam mengawal situasi yang di luar jangkaan, seorang pemimpin haruslah juga mampu mengawal perasaan marah dan ego dan buang segala sifat negatif dalam diri.




3.         Berdasarkan ciri-ciri dan ukuran pencapaian negara bangsa dan negara demokrasi, pada pendapat saya negara Malaysia tidak mencapai demoksrasi di tahap baik. Ini kerana, kebebasan bersuara hanya diberikan kepada golongan majoriti yang menguasai kerajaan. Untuk golongan minoriti, mereka akan di kenakan sekatan-sekatan tertentu yang dapat menjejaskan hak asasi golongan mereka. Kebanyak hak kebebasan bersuara di beri kepada pihak atasan.
            Seterusnya, di Malaysia juga kebebasan untuk media massa telah disekat . Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan memonopoli media massa dengan menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lesen rasmi setiap tahun dan akan menggantung lesen jika muncul berita yang tidak menyenangkan.
            Untuk negeri yang ditawan oleh pihak pembangkang, pihak kerajaan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan sedemikian. Pihak kerajaan seharusnya memberi peruntukan yang sepatutnya memajukan negeri tersebut.
            Sebagai kesimpulannya, Malaysia masih lagi boleh membaik pulih sistem negara bagi mencapai tahap demokrasi yang baik. Walaubagaimanapun, Malaysia sedang mengamalkan semi-demokrasi di mana masih lagi membenarkan rakyatnya untuk bersuara tetapi dengan cara cara yang tertentu.

AFIQAH NAZIHAH ABDUL LATIF

SOALAN 1
Dengan mengambil maklumat dari berita semasa,huraikan cabaran dalam mengekalkan integrasi antara kaum dan apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan diri anda selaku rakyat untuk mengatasi cabaran tersebut?
            Pada era modenisasi ini kita seringkali dimomokkan dengan berita perbalahan antara kaum di dada-dada akhbar. Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
            Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan  pelbagai langkah atau dasar social ,ekonomi  dan  politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi permasalahan ini. Proses pemantapan perpaduan serta nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang.Marilah bersama-sama kita mengeksplorasi langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah yang makin membarahi negara Malaysia.
            Antara langkah dominan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan dasar pendidikan kerajaan.Dasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.
            Manakala langkah yang boleh diambil bagi seseorang individu adalah dengan mengubah pandangan septikal terhadap sesuatu kaum. sikap prejudis boleh diatasi dengan melayan orang sebagaimana kita ingin orang melayan kita. Kita perlu berfikir bagaimana perasaan jika dilayan atas tindakan kita dan melihat sesuatu tindakan dari perspektif yang berbeza. kita perlu belajar mengenai budaya yang berbeza dan memahami perbezaan antara diri dengan orang lain. Pendidikan membolehkan kita membezakan sesuatu yang bersifat realiti dengan mitos. Semakin banyak kita belajar, semakin baik kita dapat menghubungkan diri dengan orang lain.Disamping itu,menghormati perbezaan yang wujud. Manusia perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Walaupun kita tidak menyukai orang lain, kita masih boleh menghormati pandangan mereka dan mesti menghargai hak mereka untuk membuat pilihanCadangan untuk mewujudkan Akta Hubungan Kaum amat perlu disokong untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan harmoni.Elemen-elemen asas seperti membuang sikap prejudis dan perasaan curiga sesama kaum, keikhlasan dan menghormati hak serta privasi sesama kaum perlu wujud dalam menjadikan Akta Hubungan Kaum ini satu kejayaan.


                 Konklusinya, dasar pembangunan ekonomi dan sosial  telah digunakan dalam usaha  membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik, agama  malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial  dan nilai-nilai aspirasi  seperti  budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi,  yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.  

             




No comments:

Post a Comment