Wednesday, 25 November 2015

Bab 3: Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik


Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)

-          Apakah persamaan dan perbezaan?

Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakanperlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
·         23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
·         24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Tujuan
1.Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
2. Sebagai Rujukan
3. Mewujudkan Kestabilan Negara
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
5. Mengekalkan Keamanan
6.  Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

·         Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·         Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
·         Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·         Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
·         Mewujudkan keamanan di Madinah
·         Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
Hak pemerintah
·        Raja-raja bahawa kedudukan mereka tidak terjejas sebagai ketua agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong hanya bertindak menjadi wakil Raja-Raja dalam upacara dan amalan Islam di peringkat persekutuan.
·        Hanya individu yang berketurunan Melayu dan beragama Islam boleh dilantik menjadi Menteri besar di negeri-negeri yang mempunyai raja
·        Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
·        Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.
·        Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.
·        Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.
Hak rakyat
·        Kebebasan menganuti agama masing masing
·        Kebebasan berdemokrasi
·        Sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang
·        Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
·        Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
·        Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
·        Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
·        Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
·        Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
·        Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
·         Kebebasan beragama
·         Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
·         Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Tanggungjawab pemerintah
·        Mewujudkan kestabilan Negara
·        Mengawal perjalanan kerajaan
·        Mengekalkan keamanan

·        Bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran
Tanggungjawab rakyat
·        Menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia
·        Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional
·        Menghindarkan pemusuhan antara masyarakat

Hubungan dengan bukan Islam
·        Kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka berdasarkan cara hidup mereka
·        Masyarakat Yahudi diberi kebebasan utk mengamalkan agama,adat dan budaya



Sunday, 22 November 2015

DEFINISI MODENISASI


v  Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
v  Modenisasi adalah pembangunan berencana yang distrukturkan dengan pendekatan ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak berencana yang selalu disinonimkan dengan pembaratan.

Modenisasi Model Islam
Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain, iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali dengan nama gerakan Islah dan ianya bertujuan untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam semua aspek pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.
Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke 20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani, Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan penerbitan dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta meninggalkan segala adat usang dan khurafat yang diwarisi daripada ajaran yang asing daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini lahir dalam bentuk yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam menolak proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat adalah terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan proses memodenkan masyarakat dan negara.
Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat, maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan lebih komited kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus kebangkitan semula Islam yang melihat Islam sebagai sistem hidup yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden yang di import dari Barat.

CIRI-CIRI MODENISASI
·         Masyarakat lebih terbuka dalam sesuatu isu. Contohnya menjadi lebih sensitif dan menghormati agama lain. Percaya akan pegangan Islam mempunyai kekuatan sendiri.
·         Penggunaan teknologi canggih memudahkan aktiviti sosial harian.Aplikasi seperti Email, WhatApps , Facebook dan Instagram mampu merapatkan hubungan walaupun jarak beribu batu. Segala urusan perniagaan antara setiap benua mampu dijalankan.
·         Mudah mendapatkan maklumat dalam segala hal . Segalanya hanya di hujung jari. Pelajar lebih mudah untuk mendapatkan maklumat hanya dengan satu klik sahaja. Ini sememangnya menjimatkan masa.
·         Ilmu pengetahuan semakin ktitis dalam kalangan masyarakat dunia. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kreativiti seseorang individu pada era globalisasi kini.
·         Keruntuhan nilai akhlak dan moral dek kerana terlalu bebas dalam gaya hidup. Ianya ada pro dan kontra dalam isu ini.Misalnya isu LGBT, ia sememangnya lari dari landasan Islam kerana melanggar fitrah manusia.

·         Ekonomi semakin berkembang pesat. Segala urusan perniagaan antara setiap benua mampu dijalankan.

Prinsip-Prinsip Asas Ekonomi


      Prinsip-prinsip asas ekonomi  terdapat tiga iaitu kebebasan individu, hak milik harta dan ketidaksamaan ekonomi terkawal . Kebebasan individu merupakan kuasa pembelian yang bebas tanpa halangan sesiapa. Prinsip ini mendasari tanggungjawab semua manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat. Dalam konteks ekonomi islam, salah satu daripada tanggungjawab khalifah ialah memakmurkan bumi seperti melakukan aktiviti ekonomi. Aktiviti asas ekonomi adalah pengeluaran, pengunaan, pengagihan dan pasaran adalah dianggap sebagai suatu ibadat dan jihad di jalan Allah S.W.T. Oleh itu, manusia diberi kebebasan berekonomi demi memperolehi manfaat ibadat dan jihad.
Allah berfirman: ‘’Apabila selesai mengerjakan sembahyang bertebaranlah kamu di seluruh muka bumi dan carilah kurnia Allah’’
(Surah Al-Jumu’ah, ayat 10)
            Antara dua aspek kebebasan individu merupakan kebebasan jiwa lahir dari keimanan iaitu masyarakat pengasih, bekerjasama, jujur dan amanah. Aspek kedua merupakan kebebasan dalam lingkungan undang-undang dan peraturan iaitu larangan exploitasi, rasuah, riba dan penipuan.
            Hak milik berharta menurut ekonomi islam merupakan Allah S.W.T mempunyai hak milik mutlak ke atas segala sesuatu. Manusia diberi amanah untuk mengambil manfaat sahaja.
Allah berfiirman: ‘’Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah S.W.T’’
(Surah Al-Baqarah, ayat 284)
Konsep hak milik terdapat dua iaitu untuk mengimbangi kuasa politik anatara individu dan awam, dan untuk mengahayati kensep syura antara pihak swasta dan kerajaan.  Antara tanggungjawab individu merupakan memastikan harta diperolehi dengan cara yang halal seperti bercucuk tanam. Mengeluarkan zakat, membayar cukai dan menyumbangkan harta ke jalan  Allah demi sebahagian hartanya. Malah, mengelakkan pengagihan harta yang meluaskan jurang antara hartawan dan golongan miskin yang mengancam kebajikan masyarakat dan alam sekitar. Ia juga untuk melipat gandakan usaha untuk mengembangkan harta yang sedia ada dengan mengurangkan cara yang di haruskan oleh syarak.

            Ketidaksamaan ekonomi mesti digerakkan dalam semua aspek kehidupan manusia supaya mereka terhindar dari perbuatan yang melampaui batas. Ketidaksamaan ekonomi dapat mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat dengan mengecilkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Malah, dapat menyemarakkan usaha kerjasama.

Saturday, 21 November 2015

TOP 5 SHAREHOLDERS AT GLC

1. Petronas
                                                                   
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982. Ia menjadi sebuah syarikat awam pada 21 Ogos 1993. Saham-saham dalam syarikat telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Mac 1994.

PDB merupakan cabang pemasaran domestik utama PETRONAS, syarikat minyak negara, yang memegang 69.86% ekuitinya. PDB memasarkan pelbagai jenis produk petroleum bermutu tinggi termasuk gasolin motor, bahan bakar penerbangan, kerosin, diesel, minyak bahan bakar, bahan bakar perkapalan, minyak pelincir, gas petroleum cecair (LPG) dan asfalt di Malaysia.



Pasaran untuk produk petroleum begitu kompetitif, dengan syarikat multinasional utama bersaing untuk mendapatkan pasaran bagi jualan bahan bakar kepada konsumer termasuk pemandu kenderaan, isi rumah, syarikat penerbangan, syarikat perkapalan, syarikat pengangkutan, ladang, loji pemprosesan dan pengilangan, stesen jana elektrik dan syarikat komersil. Produk PDB telah mendapat sambutan pasaran dan keyakinan pelanggan, seperti yang terbukti daripada peningkatan pesat jualan PDB sejak diperbadankan. PDB memasarkan produknya ke seluruh negara terus kepada pelanggan serta menerusi rangkaian stesen servisnya , wakil penjual LPG dan wakil penjual industri. Aktiviti pemasarannya disokong dengan baik oleh sistem logistik dan pengedaran yang komprehensif yang terdiri daripada depot pukal, depot penerbangan, kemudahan mengisi bahan bakar perkapalan dan loji pengisian LPG, kesemuanya terletak di lokasi yang strategik untuk memastikan pembekalan produk yang mencukupi pada setiap masa.

PDB juga telah menubuhkan sebuah Pusat Perkhidmatan Pelanggan yang canggih untuk memberi layanan yang lebih
baik kepada pelanggannya.



Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas,
Presiden & CEO PETRONAS


  

  
2. Maybank



Maybank adalah sebuah nama dagangan untuk Malayan Banking Berhad, ia merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina. Bank ini juga mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa. Maybank adalah bank mempunyai terbesar di Malaysia dengan lebih 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat. Maybank adalah syarikat tersenarai pada Bursa Saham Malaysia kedua terbesar, Bursa Malaysia, dengan modal pasaran lebih RM30 bilion sebagai pada pertengahan April 2009.


Dato’ Abd Wahid Omar, CEO MAYBANK

  

3. Telekom Malaysia (TM)



Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.
TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini. Meskipun ia mempunyai ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah.
 Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, CEO TM


  
4. Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.
TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga mengendali universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional.
                                                                         

                                       Datuk Seri IR. Azman Mohd, CEO TNB


  

5. Sime Darby


Sime Darby adalah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini berlaih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.
William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladangkopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.
Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.
Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).

 Dato’ Mohd Bakke Salleh, CEO SIME DARBY