Wednesday, 18 November 2015

KERANDA 152

ISU KERANDA 152

Keranda 152 merupakan peristiwa di mana pejuang bangsa memperjuangkan untuk meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Keranda 152 merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ianya merupakan salah satu dari kontrak sosial yang telah di persetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.
Isu yang terdapat dalam Keranda 152 ialah mengenai tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya Bahasa Rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Ini kerana, alasan yang diberikan mengatakan Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil alih Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara sebelum ini.
Selain itu, isu yang terdapat dalam Keranda 152 juga mempersoalkan apa gunanya merdeka jika bahasa anak pribumi di anggap tidak layak untuk digunakan di negara sendiri. Pejuang bahasa berasa dikhianati oleh para pemimpin yang kononnya memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu. Oleh itu, 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum untuk menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan rakyat dapat disaksikan apabila sekumpulan aktivis berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayatnya oleh bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, kemuncak perjuangan ini berakhir apabila Universiti Kebangsaan Malaysia lahir pada tahun 1970 yang mana universiti ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar utama.

No comments:

Post a Comment