Wednesday, 18 November 2015

REFLEKSI DIRI : Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

SHAFIQAH SALLEH

Refleksi pada minggu ini ialah saya baru sedar yang sebenarnya sebagai seorang pelajar yang belajar di Uitm saya sebenarnya sedang memikul tanggungjawab yang sangat besar. Tangggungjawab saya bukan sahaja terhadap ibu bapa saya tetapi juga terhadap bangsa melayu sendiri. Ini kerana Uitm merupakan sebuah university yang diperuntukkan untuk bumiputra sahaja. Saya seharusnya perlu bersyukur dan memegang amanah yang diberikan oleh ibu bapa dann bangsa melayu supaya belajar bersungguh-sungguh dan tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruh keluarga, bangsa, dan agama.

NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI
2015832268

Refleksi saya pada minggu ini ialah walaubagaimanapun saya tetap berbangga menjadi orang melayu kerana melayu mempunyai bermacam macam peluang yang diberikan oleh keraajan, namun demikian saya masih tidak tahu tentangnya. Sepatutnya saya merasa syukur kerana belajar di UiTM di mana kadar peruntukkan utk belajar disini amatlah jauh lebih murah berbanding dia universiti swasta. Saya perlu berlajar bersungguh sungguh utk mengharumkan nama UiTM.

NUR FARAH ADILAH BT MOHD ROSLAN                    
2014579763


            Pembelajaran saya pada minggu ini mengenai ekonomi Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan, rancangan pembangunan lima tahun, dasar ekonomi baru, model ekonomi baru dan ekonomi islam. Serba sedikit membuka minda saya untuk mengetahui asal usul ekonomi di Malaysia dan melihat perubahan sedikit demi sedikit pembangunan ekonomi Malaysia sehingga ke era globalisasi.
            Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi yang belum di terokai. Masyarakat tempatan menjalankan aktiviti secara kecil-kecilan untuk sara hidup seperti memungut hasil hutan, menanam buah-buahan dan sayuran, menternak binatang. Ini menyebabkan masyarakat tidak berkembang dan saling mengeluarkan hasil yang sama. Selapas kemerdekaan, British menjajah Tanah Melayu untuk mengembangkan ekonomi secara dagangan atau komersial. Pihak penjajah membawa masuk migrain India dan Cina untuk membantu menjadi buruh dalam kegiatan ekonomi. Hasil daripada aktiviti ekonomi di Tanah Melayu di eksport ke negara lain dan dijual. Pihak British membawa masuk jentera-jentera ke Tanah Melayu untuk memungut hasil lebih cepat dan memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan.
            Rancangan pembangunan lima tahun, iaitu dasar yang dirangka dan diolah setiap lima tahun untuk mencapai sesuatu matlamat pembangunan ekonomi. Rancangan Malaya pertama dibuat pada 1956. Rancangan pembangunan yang meningkatkan ekonomi Malaysia ke arah globalisasi ialah RMK 6 sehingga sekarang. RMK 6 memperkenalkan penglibatan swasta iaitu antara projek-projek di bawah kerajaan di pindah hak milik ke badan-badan organisasi bukan kerajaan. Malah, menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih untuk meningkatkan produktiviti ekonomi negara. Seterusnya, diperkenalkan dasar ekonomi baru (DEB).

            Dasar Ekonomi Baru (DEB), bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Selepas kemerdekaan Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Sehubungan dengan itu, mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan etnik mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara luar Bandar dan wilayah Bandar. Malah, bertujuan menyusun semula masyarakat bandar dan luar bandar melalui memodenkan taraf kehidupan masyarakat luar Bandar dan mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
            Model Ekonomi Baru (NEM) diperkenalkan pada tahun 2010. Dasar ini berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja bermatlamat membantu meningkatkan pendapatan individu. Terdapat empat tonggak yang menjadi pendokong kepada kejayaanya iaitu konsep 1 Malaysia yang menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang etnik, RMK 10 yang meningkatkan taraf negara, program transformasi ekonomi (ETP) dan wawasan 2020.
            Sistem ekonomi islam adalah sangat adil yang mengutamakan dan memelihara fitrah semula jadi manusia, baik individu mahupun masyarakat secara serentak. Islam mengharamkan sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan barangan yang boleh merosakkan nyawa, akal, tubuh badan , keturunan dan kehormatan manusia. Islam menuntut supaya manusia membelanjakan (infaq) harta kekayaan mereka pada jalan Allah seperti zakat, sedekah, derma wakaf dan hibah.
يْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَءَاتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَءَاتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah: 177)

No comments:

Post a Comment