Prinsip-prinsip
asas ekonomi terdapat tiga iaitu
kebebasan individu, hak milik harta dan ketidaksamaan ekonomi terkawal .
Kebebasan individu merupakan kuasa pembelian yang bebas tanpa halangan sesiapa.
Prinsip ini mendasari tanggungjawab semua manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dalam masyarakat. Dalam konteks ekonomi islam, salah satu daripada
tanggungjawab khalifah ialah memakmurkan bumi seperti melakukan aktiviti
ekonomi. Aktiviti asas ekonomi adalah pengeluaran, pengunaan, pengagihan dan
pasaran adalah dianggap sebagai suatu ibadat dan jihad di jalan Allah S.W.T.
Oleh itu, manusia diberi kebebasan berekonomi demi memperolehi manfaat ibadat
dan jihad.
Allah berfirman: ‘’Apabila selesai mengerjakan
sembahyang bertebaranlah kamu di seluruh muka bumi dan carilah kurnia Allah’’
(Surah Al-Jumu’ah, ayat 10)
Antara
dua aspek kebebasan individu merupakan kebebasan jiwa lahir dari keimanan iaitu
masyarakat pengasih, bekerjasama, jujur dan amanah. Aspek kedua merupakan
kebebasan dalam lingkungan undang-undang dan peraturan iaitu larangan
exploitasi, rasuah, riba dan penipuan.
Hak
milik berharta menurut ekonomi islam merupakan Allah S.W.T mempunyai hak milik
mutlak ke atas segala sesuatu. Manusia diberi amanah untuk mengambil manfaat
sahaja.
Allah berfiirman: ‘’Segala yang ada di langit dan di
bumi adalah kepunyaan Allah S.W.T’’
(Surah Al-Baqarah, ayat 284)
Konsep hak milik terdapat dua iaitu untuk
mengimbangi kuasa politik anatara individu dan awam, dan untuk mengahayati
kensep syura antara pihak swasta dan kerajaan. Antara tanggungjawab individu merupakan
memastikan harta diperolehi dengan cara yang halal seperti bercucuk tanam.
Mengeluarkan zakat, membayar cukai dan menyumbangkan harta ke jalan Allah demi sebahagian hartanya. Malah,
mengelakkan pengagihan harta yang meluaskan jurang antara hartawan dan golongan
miskin yang mengancam kebajikan masyarakat dan alam sekitar. Ia juga untuk
melipat gandakan usaha untuk mengembangkan harta yang sedia ada dengan
mengurangkan cara yang di haruskan oleh syarak.
Ketidaksamaan
ekonomi mesti digerakkan dalam semua aspek kehidupan manusia supaya mereka
terhindar dari perbuatan yang melampaui batas. Ketidaksamaan ekonomi dapat
mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat dengan mengecilkan jurang perbezaan
antara golongan kaya dan miskin. Malah, dapat menyemarakkan usaha kerjasama.
No comments:
Post a Comment