v Modenisasi sebagai suatu proses transformasi
atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
v Modenisasi adalah pembangunan berencana yang distrukturkan dengan
pendekatan ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak
berencana yang selalu disinonimkan dengan pembaratan.
Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya
telah lama bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh,
Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain, iaitu sejak abad ke 18
dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali dengan nama gerakan Islah dan
ianya bertujuan untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah
dalam semua aspek pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik,
pendidikan dan sebagainya.
Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya
telah juga bermula di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada
abad ke 20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani,
Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan penerbitan
dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya kembali kepada Al-Quran dan
Sunnah, serta meninggalkan segala adat usang dan khurafat yang diwarisi
daripada ajaran yang asing daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini
lahir dalam bentuk yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan
tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak yang pada
dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat yang mengenepikan
agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada nilai agama. Ketidakhadiran nilai
ketuhanan dan akhlak yang berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam
menolak proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat
sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat adalah
terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan proses memodenkan
masyarakat dan negara.
Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden
ini dikaitkan dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat,
maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan lebih komited
kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus kebangkitan semula Islam yang
melihat Islam sebagai sistem hidup yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden
yang di import dari Barat.
CIRI-CIRI
MODENISASI
·
Masyarakat
lebih terbuka dalam sesuatu isu. Contohnya menjadi lebih sensitif dan
menghormati agama lain. Percaya akan pegangan Islam mempunyai kekuatan sendiri.
·
Penggunaan
teknologi canggih memudahkan aktiviti sosial harian.Aplikasi seperti Email,
WhatApps , Facebook dan Instagram mampu merapatkan hubungan walaupun jarak
beribu batu. Segala urusan perniagaan antara setiap benua mampu dijalankan.
·
Mudah
mendapatkan maklumat dalam segala hal . Segalanya hanya di hujung jari. Pelajar
lebih mudah untuk mendapatkan maklumat hanya dengan satu klik sahaja. Ini
sememangnya menjimatkan masa.
·
Ilmu
pengetahuan semakin ktitis dalam kalangan masyarakat dunia. Terdapat pelbagai
aktiviti yang boleh meningkatkan tahap kreativiti seseorang individu pada era
globalisasi kini.
·
Keruntuhan
nilai akhlak dan moral dek kerana terlalu bebas dalam gaya hidup. Ianya ada pro
dan kontra dalam isu ini.Misalnya isu LGBT, ia sememangnya lari dari landasan
Islam kerana melanggar fitrah manusia.
·
Ekonomi
semakin berkembang pesat. Segala urusan perniagaan antara setiap benua mampu
dijalankan.
No comments:
Post a Comment