AFIQAH NAZIHAH
Bagaimanakah Islam menjadi identiti dalam kesultanan Melayu Melaka ?
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam menjadi agama rasmi sebagaimana dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan .Tamadun Melayu menjadi semakin mantap dengan kemasukan agama Islam melalui proses Islamisasi di Alam Melayu. Islam datang ke Nusantara pada awal abad 1 Hijrah . Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi misalnya Melaka , Acheh , Patani , Banten , Mataram , dan Brunei . Oleh itu, bagaimanakah Islam menjadi identiti dalam kesultanan Melayu Melaka ? Terdapat beberapa cara yang menjadikan Islam identiti kepada kesultanan Melayu Melaka . Antaranya ialah, Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.Islam merupakan agama yang ad-deen iaitu lengkap yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana , Islam itu sendiri mempunyai asas yang kuat, ia sememangnya menarik minat Raja untuk mempelajari Islam lebih mendalam.
NUR ALYA AMIRA NOOR AZMI
Islam menjadi identiti dalam kesultanan Melayu Melaka – lambang Pertemuan
Masyarakat Pelbagai etnik
Kehebatan empayar Melaka menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui sehingga digelar sebagai The Venice of the East. Zaman empayar Melaka ialah zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan.
Pemerintahan
Perlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan keharmonian antara kaum.
Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China, puteri Hang Li Po. Ringkasnya, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.
No comments:
Post a Comment