A. Teknologi
Tujuan-
Perkembangan teknologi yang semakin pesat mendorong adanya peningkatan proses
pembangunan, pengantian pola kerja yang semula mengunakan tangan manusia
digantikan oleh mesin-mesin canggih dengan tujuan efisiensi, kualiti dan
kuantiti serangkai dengan aktiviti pembangunan ekonomi yang dilakukan dan pada
akhirnya memudahkan proses penumbuhan ekonomi
-Kos
pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan
mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatan
kecekapan dan produktiviti.
Fokus-
Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan
pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil
sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung
kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sector pembuatan
-
Sungguhpun pelaburan kian bertambah,
umpamanya penambahan industry perkilangan di zon perdagangan bebas, permintaan
mereka terhadap barangan perantaraan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang
perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha‐pengusaha barangan
perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau
pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi
kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi
pengusaha‐pengusaha
tempatan
-
Masalah utama adalah jentera, dasar dan
institusi‐institusi
sokongan sains dan teknologi yang ditubuhkan lebih menekankan kepada
pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi
negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor
pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan
jentera dan dasar sains dan teknologi yang sedia ada atau menubuhkan
infrastruktur sains dan teknologi yang baru untuk menyokong usaha‐usaha pembangunan
sektor perindustrian. Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan
sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber‐sumber sains dan
teknologi seperti dalam pembangunan sector pertanian.
Badan-badan yang terlibat-
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
B.
Pertanian
Fokus-
Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila
penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya
membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas.
Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai
sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari.
Tujuan-
Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian. Kerajaan
telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan
bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos.
-
Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran
Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian. FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran
hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan
dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai
tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah
diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan
urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil
pertanian.
-
Pelaksanaan
Program Bumi Hijau. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan
penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi
yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia
dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan
“edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran
terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.
-
Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk
Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti. Bagi meningkatkan pengeluaran
hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat.
Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak
berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan
pihak swasta yang dikenal pasti.
Badan
yang terlibat proses pertanian – Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Malaysia
-
Lembaga Padi dan Beras Negara
-
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
-
Lembaga Pertumbuhan Peladang
-
Agrobank
-
Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia
C. Industrialisasi
Tujuan-
Menjadikan sektor perkilangan sebagai
catalyst pertumbuhan perindustrian Negara. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya
sumber asli Negara dan Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R &
D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian
Fokus-
Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan
kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada
pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah
pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri
tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif
-
Mengurangkan perbelanjaan dalam
pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-
industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Penubuhan industri- industri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai
barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75 – 80 peratus penduduk dan di mini
corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota
Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak
seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu
-
Memodenkan dan menyusun semula struktur
perindustrian dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan
sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian
seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang
kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi Negara
Badan-badan
yang terlibat- Kementerian Perdagangan
dan Perindustrian
D.
Urbanisasi
Fokus-
embangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi
yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan
tercapai melalui pengurangan jurang
perbezaan antara wilayah
supaya faedah daripada
pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas
bandaran dapat diagihkan
secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam
hal ini pembentukan dasar
urbanisasi negara akan
dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur
dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat
dan yang
mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian
perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja
membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan
berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan
proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.
Tujuan-
Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan
fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui
pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan,
tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
-
Mempercepatkan proses pembandaran di
kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim
pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in situ dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan
dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan
untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk
menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.
-
Mempastikan pembangunan secara teratur
di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan.
Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan
pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan
disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan
pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam
perancangan-perancangan kawasan-kawasan bandar.
-
Mempercepatkan pembangunan bandar
didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji
kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor
swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar
terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan
pembangunan wilayah berkenaan.
-
Memperkenalkan konsep memperbandarkan
kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak
berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan
perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat
diwujudkan.
No comments:
Post a Comment